? ??????????????Life Is Unpredictable? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??10 Grabs Today. 1966 Total Grab
s. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????Lil Things About Me? ????? ?? ???Rating: 4.4 (183 Ratings)??10 Grabs Today. 37999 Total Grabs. ??????Preview BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

CaMat datang =))



"Muslimah wajib menjaga diri dan
maruah serta makhota yang dikurniakan
oleh Allah.........Orange doakan
marilah kita sama-sama menjaga diri
kita sebaikbaiknya...

Remaja dan cinta, dua perkara yang
bagaikan sudah sebati. rasa cinta
bertandang di dalam jiwanya tanpa
diundang. Keinginan itu tidak payah
dipelajari dan dicari. Lelaki inginkan
cinta wanita dan begitulah sebaliknya.
Walaupun kadangkala ia cuba dilawan,
namun rasa "ajaib" itu datang jua.
Apalagi kalau cinta itu disuburkan,
maka makin marak dan menggilalah
jadinya. Bila cinta mencengkam
diri,makan tak kenyang, tidur tak lena
dibuatnya.


Sedemikian indah dan damainya syurga,
namun Nabi Adam a.s. berasa kesunyian
dan inginkan teman. Lalu Allah
ciptakan Siti Hawa dari tulang
rusuknya. Dan kita anak cucu pewaris
rasa cinta itu akan sentiasa rasa
terpisah dan gelisah selagi tidak
bersama dengan yang dicintai.

rasa Cinta Tak Salah
Lalu hati remaja selalu berkata,
apakah salah kami bercinta? Ya, rasa
cinta memang tak salah. Ia adalah
fitrah semulajadi yang Allah kurniakan
kepada setiap manusia. Ingin cinta dan
dicintai. Jiwa manusia memerlukan
cinta seperti jasadnya perlukan
makanan. Oleh kerana cinta adalah
fitrah, maka tentulah tidak salah
merasainya. Namun Allah tidak
kurniakan rasa cinta secara polos
begitu sahaja. Dia juga mencipta
peraturan cinta demi menjaga
kemurniannya. Peraturan inilah yang
kerap dilanggar. rasa cinta tidak
salah tetapi kesalahan selalu berlaku
sewaktu menjalinkan hubungan cinta. Di
sinilah remaja selalu terjebak. Cinta
terlarang adalah cinta yang menafikan
peraturan Allah. Ketika itu fitrah
telah menjadi fitnah. Bila kehendak
semulajadi tidak disalurkan atau diisi
mengikut peraturan maka akan
berlakulah kekalutan dan kemusnahan.

Mengapakah perlu ada peraturan cinta?
Jawabnya, kerana Allah mencintai
manusia. Allah inginkan keselamatan
dan kesejahteraan buat manusia
melaksanakan keinginan fitrah
semulajadinya.

Keinginan tanpa peraturan akan
menyebabkan banyak kemusnahan.
Begitulah hubungan cinta. Cinta yang
terlarang, akan membawa banyak
implikasi negatif dalam kehidupan.
Pengalaman sudah pun mengajar kita
jangan sekali-kali bermain cinta,
nanti terbakar diri. Sudah banyak
tragedi yang berlaku akibat hubungan
cinta yang membelakangkan Allah.

Cinta yang terlarang adalah cinta yang
sudah dicemari oleh kehendak nafsu dan
kepentingan diri. Keindahan cinta yang
sudah tercemar ini tidak tahan lama.
Sudah dapat yang dihajati, sudah
terlaksana apa yang dikejar, cinta
akan terkulai dan bersepai.

Hubungan cinta jangan dicemari oleh
sebarang tindakan menyalahi syariat.
Lebih banyak pelanggaran hukum
berlaku, lebih tinggilah risiko
kemusnahan yang akan berlaku. Jangan
kita tertipu dengan pesona cinta yang
dihiasi pelbagai janji dan sumpah
setia. Jangan kita mabuk dengan rindu
dan asyik yang membuai dan melenakan.
Seteguk kita minum dari dari Cinta
terlarang, racunnya akan meresap
membunuh akal, jiwa dan perasaan.Pada
ketika itulah cinta dikatakan buta.
Maka butalah mata hati dan mata kepala
hingga seseorang akan menjadi hamba
kepada siapa yang dicintainya, Ketika
itu hati tidak nampak yang lain
kecuali apa yang dicintai. Lupalah
diri pada Pencipta cinta kerana
terlalu asyik dengan cinta yang
dikurniakan-Nya Bagaimanakah perasaan
agaknya, jika seseorang begitu leka
dengan hadiah hingga terlupa bersalam
dan berterima kasih dengan pemberinya?

Pohon Cinta Terlarang
Allah kerap dipinggirkan dalam
hubungan cinta yang terlarang. Hukum-
Nya dilanggar bukan dengan rasa
bersalah tetapi dengan rasa manis dan
megah. Tangan kekasih dipegang
walaupun jelas Allah mengharamkan
sentuhan antara lelaki dan wanita yang
bukan muhrim. Tergamak berdua-duaan di
tempat sunyi walaupun sudah
diperingatkan Nabi bahawa dalam
keadaaan begitu syaitan adalah pihak
ketiga. Lebih dari itupun banyak yang
berlaku. Semuanya seolah-olah halal
hanya kerana cinta. Racun-racun
berbisa yang memusnahkan cinta telah
dianggap sebagai baja. Akhirnya pohon
cinta terlarang pun berbuah. Buah Yang
pahit, masam dan memabukkan. Buah yang
muncul dengan pelbagai jenama yang
aneh dan menjijikkan bohsia, bohjan,
buang bayi dan zina. Ketika itu
indahkah cinta?

Peraturan cinta bagi tanda-tanda dan
lampu isyarat di atas jalan raya.
Kereta diciptakan dengan kuasa untuk
bergerak, tetapi pergerakkannya perlu
diatur dan dikawal. Jika tidak, dengan
kuasa itu akan berlakulah perlanggaran
dan pertembungan. Begitulah cinta, ia
adalah kuasa tetapi kuasa itu perlukan
peraturan dan kawalan. Apakah
peraturan-peraturan dalam hubungan
cinta? Hendaklah cinta kita
berdasarkan kepada cinta Allah.
Ertinya, cinta yang kita berikan
kepadanya semata-mata kerana
mengharapkan keredhaan Allah. Allah
memberi kita fitrah itu lalu kita
niatkan dengan fitrah itu boleh
menghampirkan diri kepada-Nya.
Cintailah sesiapapun, tetapi pastikan
cinta itu dapat memudahkan kita
mencintai Allah. Sehubungan dengan
itu, cinta antaral elaki dan perempuan
mestilah diniatkan untuk Allah.

Soalnya bagaimana?
Iringilah dengan niat untuk berkahwin
kerana berkahwin itu lebih memudahkan
seorang lelaki dan perempuan
menyempurnakan agamanya. Oleh itu,
usahlah bercinta sekadar untuk bersuka-
suka. Lebih buruk lagi janganlah ada
niat-niat yang jahat dalam bercinta
sama ada didorong oleh hasutan nafsu
atau bujukan syaitan. Jika tidak ada
niat untuk berkahwin, cinta sudah
pasti bukan kerana Allah. Hakikatnya
cinta itu adalah cinta terlarang yang
akan membawa kemusnahan. Cinta jenis
ini seburu namanya - Cinta Monyet!

Putus Cinta
Hendaklah dipastikan semasa menjalin
hubungan cinta tidak ada hukum Allah
yang dilanggar. Antaranya, tidak ada
pergaulan bebas, tidak ada pendedahan
aurat, tidak ada pengabaian perkara
asas seperti meninggalkan sembahyang,
puasa dan lain-lain. Hubungan cinta
jangan sampai terjerumus dalam perkara
yang melalaikan dan merugikan. Maka,
remaja tidak senarusnya
mengeluh , "Cinta apa namaya ini jika
tidak ada dating, perbualan telefon
maraton, surat cinta, sentuhan tangan,
kerlingan dan senyuman? Yakinlah,
tidak ada keindahan dengan melanggar
peraturan Allah. Putus cinta dan
kecewa bercinta yang begitu dominan
dalam kehidupan remaja adalah
disebabkan racun-racun cinta yang
disangka baja ini. Justeru banyaklah
cinta yang gagal disambung di alam
perkahwinan dan lebih banyak putus
tanpa sempat menempuh perkahwinan.

Allah Maha Mengetahui dan Maha
Menyayangi. Segala peraturan-Nya
dibuat dengan rasa cinta terhadap
hamba-hamba-Nya. Cinta suci mampu
tumbuh tanpa semua itu. Dan cinta itu
pasti akan membawa ke gerbang
perkahwinan untuk bercinta lagi dengan
seribu keindahannya. Bahkan jika
diizinkan oleh takdir-Nya, cinta itu
akan terus bersambung ke alam akhirat,
suami yang soleh dan isteri yang
solehah akan bercinta lagi di syurga.
Ketika itulah fitrah akan menjadi
anugerah...............................
............ Jaga Iman, Hiasi Amal

0 comments: