CaMat datang =))
KENANGAN DAN MASA DEPANKU....
Terimbau saat indah bersama..
Suka,Duka helai Tawa
Menjadi satu dalam jiwa..
Antara Cinta dan Cita-cita...
Pelbagai sengketa meraja minda..
Ego telah merasuk jiwa,
Akhirnya kata pisah yang ku pinta..
Pelbagai helah menyelamatkan suasana,
tapi tidak dihujungnya,
tidak tahu apa puncanya,
Ku pergi tanpa berita,
Dikau tiada bersua muka..
Bulan bertemu bulan akhirnya
Ku temui jawapan di depan mata,
Sedang asyik berasmara,
Tiada duka hanya geram semata,
Kerana didikan nafsu menakhluki minda,
Kenapa???
Apapun moga bahagia di sana,
Tiada dendam tiada sengketa,
ku lepas bukan kerna terpaksa,
Tapi menerima Takdir yang Maha Esa..
Telah Hadir padaku putera Raja,
Tanpa Cinta, Tanpa Suka,
Hadir bergantung istikharah semata,
Walau tidak tahu ke mana hujungnya,
Moga Syurga menjadi tempatnya.
Yang di idam bukan yang Berharta,
Mempunyai rumah bagai istana,
Tapi, isi rumah entah ke mana,
Cukuplah yang serba ada,
Agar Keluarga Islam di pandang mulia.
Doaku agar cinta tersulam jua,
Agar lahir Insan mulia,
meneruskan perjuangan ibubapanya... =D
by DarwishAmsyari
Tsunami Kehidupanku 2012
Assalamualaikum..
alhamdulillah sekali lagi di beri oleh Allah untuk menulis dalam blog yang telah dianaktirikan ini untuk berkongsi rasa hidup sebagai seorang insan dilautan kehidupan..
Bagiku kehidupan ini di ibaratkan seperti lautan, nampak tenang di luar tetapi di dalam lautan itu tersirat jutaan malah berbillion makhluk Allah yg berbagai rupa.Seperti hidupku juga..nampak tenang dilua..tp hakikat di dalam mengandungi pelbagai rasa..yang xdapat di luahkan tp dapat di selami bg mereka yg pakar menyelam..hehe...(so cik abei weh, sila ambik kursus menyelam dri sekarang k..haha)
Ujian, Dugaan Allah yang kecil sentiasa datang kepada kita ibarat pasang surut air laut..
Sehingga kita leka dan itulah ujian utk menduga kita..
Tapi atas dasar hamba yang kufur nikmat,
Allah datangkan air surut secara mendadak tapi kita tetap belum sedar.....terus melakukan khilaf...
Seterusnya Allah datangkan Air Pasang yang mendadak ibarat Tsunami sehingga kita terasa sakitnya,..
Barulah kita sedar dan terduduk..memikirkan kesilapan kita..
Dan Tsunami telah berlaku ke atas daku...
Kesakitan,Kepedihan, Keterlukaan...semua sudah merasa...
satu kalimah yang terluah..
"Terima Kasih Ya Allah..kerana menyayangiku..."
Sungguh...sehingga kini..masih rasa berhutang dgn Ya Khaliq.
kerana kesakitan yang diberi hampir sebulan lebih terus di beri ubatnya..
Betapa Allah amat menyayngi hambanya..
Terlalu sayang pada hamba2Nya...tapi KITA???
justeru masih ramai lagi yg tersasar dri landasan iman&Taqwa di luar sana...
Yang perlukan bimbangan...moga kita sama2 menggalas tugas sbg khalifah Allah dimuka bumi ini
supaya generasi seterusnya ini adalah generasi yang cintakan Allah&RasulNya...amiinn...
Alhamdulillah...Terima Kasih Allah =))
"ring..ring..ring"....oooohhhh...TIDAK!!!
fuh,berdebar2..knp3???
rupenye bakal mak mentua n famili nk mai...kuang3....tidak kusangka awalnya dia n famili dtng..=))
mezti si dia xsabow2 nk jmpe i la tue..(fuh perasannye..sekali sekala..hahaha)..kepada si dia..andai sidia bce slpas nikah nnti..."betuikn ana ckp??anta xsbowkan nk jmpe ana..wink2...jgn nk wt mke cmeyla..ana tau..hehehe...
sbb Allah yg hadirkan perasaan tue untuk kita berdua..tp atas sebab batasan agama..kita perlu menjaga hati supaya fitrah tidak menjadi fitnah. Hanya doa yg dpt dikirimkan supaya menyatukan roh2 kita sblm bersatunya jasad...
Terima kasih kepada Allah taala kerana mendatangi aku seorng pemimpin dan imam keluargaku yg sgt aku dan masyarakat segani...Terima Kasih Allah, kerana datangkan aku seorang insan yg menjadi rebutan para solehah..siapalah daku ingin dibandingkan dengan para2 hafizah dan yg berniqob di luar..terasa kerdil bila kami diganding bersama...Terima Kasih Ya Rahman Ya Rahim kerana mendengar setiap rintihan2 daku...rintihan seorang hamba yg terlalu banyak noda...Terima Kasih Ya Allah kerana memberi kenikmatan cinta ini..betui kata2 para ilmuwan...cinta kerana Allah lebih terase nikmatnya...
Kepada si "dia", Terima Kasih kerana keberanianmu berjumpa waliku...
Walaupun daku tiada no telefonmu,
Walaupn kita hnye berjumpa ketika memperjuangkan jihad islam kita,
Walaupun kita tak pernah tahu nama penuh n latar belakang hidup kita...
Walaupun kita tak bermesej2 dan bercinta,
Walaupun hanya berpandangan dua tiga kali sahaja...
ana tabik kat anta...sbb anta berani jumpa wali ana untuk ambik ana jdi suri hati anta.....
Ana xtau pe yg anta lihat pada dri ana..
tapi ana yakin...inilah kuasa Allah taala...
Dia yang memberi kekuatan pada anta dan keterbukaan untuk ana menerima anta..
Ana xpernah mengalami perasaan sedamai ini..
SubhanaAllah..melihat anta dan keluarga buat ana rase ana perlu pecutkan ibadah ana..
Ana xnk terkebelakang...=(
InsyaAllah doakan Ana spy dapat menjadi seorang isteri dan sahabat yg akan menemani anta dalam urusan agama,dunia dan akhirat..aaminn...
TerimaKasih kerana sudi hadir mengetuk hati ini... akan ku solehahkan diriku supaya aku dapat menyamai kesolehan yang ada padamu...kerana Allah,aku akan mencintaimu dan terlalu mencintaimu selepas Allah dan Rasulullah...setelah anta sah menjadi yg halal bagi diri yg lemah ini...akan ku tepis ujian2 duniawi dan hati..supaya anta pn dapat menepis ujian2 itu nnti....semoga kita berjaya..aamiin.....
=)
-21/08/2012-
lamaran..gulp!!
fuh...Bismillahirahmairrahimm...Segala puji bg Allah..Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..
sudah lama tak menulis,agk kekok rasenye..tpi xpela..mulakan..kalo x nnti blog nie akn smkin bersawang..hehehe...
kepada kaum hawa meztilah menanti2 siapakah jjaka bertuah yg akan melamar kita kn?? dulu sokmola berangan konon2 adelah lelaki yg di idam2 dlm diam tetiba ketuk pintu rumah n teruz datang nak melamar..fuh tabik springgg potato kalo ade yg bt utk zmn le ni...sbb zmn skung, dh usung ke hulu ke hili..brula nak dtng meminang..tue pn puah si ayh prmpn suh mai..brula mai...
Masalah tue rsenye dri faktor prsekitrn jgk kot..sbb kalo di lihat, ibu bapa skung yg menggalakkan ank2 mereka bercinta dlu..bak kata mereka..knai dlu hati budi..bru bt plhn..tp bg sy..kalo kte nak knai hati budi bkn bertahun2..sbb ati kan segumpal darah yg anytime boley berubah...jadi bukahkah sebaik2 perhitungan adlh pd Allah taala..istikharahlah..sbb Allah yg tahu itu ujian atau jodoh kita yg sebenarnya...
hahaha...sudah terkeluar tazkirah...tp tuela..cme perkongsian pendpt dan peringatn utk dri sndri...
Dunia arini sgt mencabar bg kaum2 hawa especially remaja mcm sy nie...ye la..bila ktorng nie xde pakwe, mak ayh sgt2 risow sbb tkut sgt ank dia jadi andartu..relaks mum..dad...bergantungla pd Allah..doakan pd anak2 anda supaya segala urusan mereka dipermudahkan..jgnla bila dia ade kwn laki jea..teruz assume tue pakwe anak kita..xboley mcm tue..cian dekat anak kita nnti..sbb lelaki nie dia lain skit..kalo kita prmpn nie jdi kawan dia, dia mmg caring sesangt..pdhal dia dh awek..so ibu bpe jgn cpt slh sngke..
kadang2 terasa sayu jgk tengok masyarakat melayu kini..sudah mcm ilng panduan...saya menyeru..BERUBAHLAH...tolongla naikkan balik Islam..ikut cara Nabi Muhammad s.a.w smula..buanglah pahaman2 yg mengarut...buanglah adat2 yg mengarut...
and satu lagi, ibu bapa kadang2 suka suh pakwe/makwe ank2 kita mai umah..untuk apa? berkenal-kenalan?sy kdng2 xphm jgk..kalo sekali dua okla..tue pn dtng bersama keluarga..ini x, dtng umh keluarga pakwe/makwe ciap tidow baring n main masok2 lagi situ...aiyooo...manyak pening ini kepala..nk ckp adat, rsenye xdela plak...erm..pape pn..berhati2la..sbb mendirikan rumah tangga nie mcm nak mendirikan masjid..jadi kalo barng2 dan duit datang dri hasil yg haram...mcm mne nak kekal?mcm mne nak bhgia?sbb Allah maha Penyayang..tp jgn salah tfsir mkne dan sifat Penyayang Allah itu...
Hari nie, nisbah penceraian hampir sama dengan jumlah perkahwinan yg di dirikan...sgt membahayakan..dan peluang/risiko untuk kita semua dapat smua ade...jadi nak ke rumahtangga kita runtuh? jika runtuh rumahtngga, maka bersoraklah para syaitan kerana manusia tidak dapat menikmati sebahagian iman tersebut..syaitan suka kita bercerai berai..jdi berhati2lah...jagai permulaan hubungn dengan btui..spy masjid yg didirikan dapat bertahan lama dan di imarahkan..bukan hanya tinggal kosong shje...
wallahu'alam..yg baik datang dari Allah taala..yg buruk datang dari diri g kerdil ini...JazakaAllah... =) peace!!
UNTUKMU..BUATMU..Bakal Zaujku...
"Hidup adalah sebuah perjalanan..kadang2 kita tersesat sebelum bertemu jalan yang benar.."
Kehadapan bakal zauj ku...
Ana di sini sihat selalu walaupun terkadang kesakitan bertandang, namun janganlah anta bimbang...Ana di sini mampu menahannya kerana Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan apa yang hambaNya mampu.
Diharap anta pun dalam keadaan sihat dan sejahtera serta sentiasa berada di bawah rahmatNya walau di mana jua anta berada.Warkah ini dilayangkan bukan untuk mengganggu... Sekadar ingin meluah rasa yang lama terbuku...
Maafkan Ana andai selama ini Ana leka dengan cinta dunia
Maafkan Ana andai selama ini Ana tak menjaga tatasusila
Maafkan Ana andai selama ini Ana tak mensiakan cintaNya
Maafkan Ana andai selama ini Ana tak ingat padaNya
Ana serba kekurangan...diharap anta boleh melengkapkannya
Ana bukan jelitawan...diharap anta mampu menerimanya
Ana bukan cendikiawan...diharap anta mampu membimbingnya
Ana bukan hartawan...diharap anta sanggup bersama
Yang Ana pinta bukan ketampananmu...
Yang Ana damba bukan hartamu...
Yang Ana mahu cuma imanmu...
Yang Ana ingin hanyalah tauladanmu....Bimbinglah Ana...
Tunjukkanlah Ana...Ana tidaklah sepuitis anta untuk menulis bait-bait kata...
Ana tidaklah sepetah anta dalam tiap bicara....
Namun, yang pasti...
Ianya ikhlas lahir dari hati....Ana harap kita akan dipertemukan suatu hari kelak...
Di mana ketika itu...Ana dah bersedia...
Ana layak untuk mendampingi anta...
Bukan hanya sebagai isteri kepada anta...
Tapi ibu untuk anak-anak kita..
Aku bertanya....Pasti Allah akan menjawabnya...
JAWABAN ALLAH SWT DIDALAM AL QURAN
Soalan 1: Kenapa Aku Diuji?
Al Quran Menjawab:
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan , kami telah beriman, sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka , maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar , dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta." (Surah al-Ankabut ayat 2-3).
Soalan 2 : Kenapa Aku Tidak Dapat Apa Yang Aku Idam-Idamkan? Al Quran Menjawab:
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu , padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui". (Surah al-Baqarah ayat 216)
Soalan 3: Kenapa Ujian Seberat Ini?
Al Quran Menjawab:
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya". (Surah al-Baqarah ayat 286)
Soalan 4: Kenapa Kita Rasa Kecewa?
Al Quran Menjawab:
"Janganlah kamu bersikap lemah , dan janganlah pula kamu bersedih hati , padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya , jika kamu orang-orang yang beriman". (Surah Ali Imran ayat 139)
Soalan 5: Bagaimana Harus Aku Hadapi Kesusahan Ini?
Al Quran Menjawab:
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan solat , dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang-orang yang khusyuk". (Surah al-Baqarah ayat 45) NOTA: Wujud Typo Error..yang betul ialah Surah Al Baqarah Ayat 45 ini..(didalam gambar No.145) - DrSoul
Soalan 6: Kepada Siapa Aku Berharap?
Al Quran Menjawab:
"Cukuplah Allah bagiku , tidak ada Tuhan selain daripada-Nya. Hanya kepada-Nya aku bertawakal". (Surah at-Taubah ayat 129)
Soalan 7: Apa Yang Aku Dapat Daripada Semua Ujian Ini?
Al Quran Menjawab:
"Sesungguhnya Allah telah membeli daripada orang-orang mukmin , diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka". (Surah at-Taubah ayat 111)
Soalan 8: Aku Tidak tahan dengan ujian ini!
Al Quran Menjawab:
"...dan janganlah kamu ber putus asa daripada rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa daripada rahmat Allah melainkan kaum yang kafir". (Surah Yusuf ayat 87) NOTA: Pada gambar tertera Surah Yusuf Ayat 12 - Sebenarnya merujuk kepada Ayat 87, No.12 merujuk kepada No.SURAH)
Soalan 9: Sampai bila aku Akan Merana?
Al Quran Menjawab:
"Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan". (Surah al-Insyirah ayat 5-6)
KESIMPULANNYA
Firman Allah maksudnya : "Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (loh mahfuz) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah ". (Surah Al-Hadid ayat 22)
Dalam Ayat yang lain Allah berfirman maksudnya :
"Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biarpun sebesar zarah di bumi atau pun di langit. Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu melainkan (semuanya tercatat) dalam kitab yang nyata (loh mahfuz). " (Surah Yunus ayat 61
Maafkan Aku..
KERNA IMPIAN KU SEJAK KECIL..AKU INGIN MENDIDIK ANAK-ANAKKU DAN ANAK BANGSAKU SUPAYA MENDEKATI DAN MENDALAMI AL-QURAN... OLEH ITU...AKU perlukan PEMIMPIN YANG KUAT untuk BERJUANG FISABILILLAH BERSAMAKU... KEMBALILAH KEPADA ISLAM YANG SEBENAR-SEBENARNYA..BUKAN HANYA PADA NAMA..BERTAUBATLAH..KERANA PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA..INSYAALLAH..
BANGUN DARI TERLEKA....Alhamdulillah..
BISMILLAHIRAHMANIRAHIMM...MAHA SUCI ENGKAU YANG MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG... SUBHANAALLAH...selepas putus harapan mencari blog nie yg sudah lama dipinggirkan.. Alhamdulillah kita masih berjodoh untuk berjmpe dan tangan ku masih di beri kesempatan untuk menari2 di papan keyboard untuk ku terus berkongsi sdkt ilmu dan pengalaman yang ada.. Alhamdulillah...ana bru selesai ujian getir yang Allah titipkan bt ana..SubhanaAllah dasyat rasanya bila hati kita diuji.Bru ujian sedikit ana hampir terleka, Alhamdulillah..dikelilingi keluarga dan sahabat2 yang bijaksana dlm menyelesaikan mslh akhirnya ana redo..ketentuan Allah pasti ada hikmahNya... Fuh,..ana rasa skrang ana dah termatangla plak...adakah tanda kebirahan sudah terserlah?? owwhh...katakan TIDAK..!!!! hehehehe.... Benar kata2 Allah....Allah mengambil sesuatu dari kita bukan kerna Dia xsyg kita..tp kerna TERLALU SAYANG..sbb tue Allah nak bagi yang lbh baik dari yg di ambil...Hebatkan Allah?? Sedangkan dosa kalo dihitung ibarat buih2 yg memenuhi 7 lautan yg ada..tp kerna sifat Allah yg Maha Pengampun..masih memberi yg terbaik untuk kita...Syukran Ya Allah atas sgle belas kasihanmu padaku... "YA ALLAH...SESUNGGUHNYA...CINTA DAN HATIKU..HANYA UNTUKMU...."