? ??????????????Life Is Unpredictable? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??10 Grabs Today. 1966 Total Grab
s. ??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ?????????????????????????????????Lil Things About Me? ????? ?? ???Rating: 4.4 (183 Ratings)??10 Grabs Today. 37999 Total Grabs. ??????Preview BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

CaMat datang =))

Novel Terbaru..(Luahan AdaM)

BAB 1

aku pernah bercinta,sayang sorang perempuan sepenuh jiwaku kata suatu hari nanti aku akan kahwini dia takda apa yang dapat menghalang cinta aku.angkuhnya aku berkata-kata.dia kata dia cuma nak dengan aku jer macam aku, angkuhnya dia berkata-kata.suatu hari dia mintak putus,kata dia hubungan dah tak rasa macam dulu.aku rasa sebak, tak pernah terfikir hubungan selama setahun ni yang konon akan abadi selamanya berakhir berbulan2 bagai nak mati bercinta tetibe rasa cinta boleh hilang?seperti hidupkan lampu tapi bayang-bayangku hilang.aku menangis, tak percaya semua ni.aku termenung pedihnya kat hati.jahilnya aku,tertanya kenapa Tuhan layan aku macam ni.??

suatu malam lepas solat macam biasa.aku duduk bertafakur, fikir macam-macam benda,tiba-tiba aku menangis...bila nama Tuhan aku sebut-sebut, aku panggil baru aku nampak siapa yang lebih sayangkan aku.aku menangis terus menangis...mengingatkan firman Allah taala.."Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." (Al-Imran ayat 139)(- termenung berfikir -)baru aku tahu...bila bercinta, setiap kali jumpa tangan dia aku pegang macam biasa.muhrim ker bukan aku nie??terus lupa pinggang dia aku peluk konon tanda sayang,ilmu agama semua terbang hilang begitu banyak dosa kitorang bila berjumpa kalau sebulan dua kali, setahun dah berapa?berapa pulak agaknya sebatan kat neraka?kalau hari di akhirat bergandaAstagfirullah...

BAB 2

Baru aku nampak...masa tengok wayang sama bukan main seronok sampai burn Asar atau pun Zuhur kalau lewat lagi balik, Maghrib pun hancur keletihan tidur,esoknya tak bangun Subuh dengan Tuhan makin jauh...ya Allah,betapa alpanya hidup aku dulu bercita-cita nak jadi mujahid tapi belum apa-apa benteng iman dah "Syahid".Astagfirullah...malunya aku...nak menghadap Kau.Baru aku sedar...setiap kali call beringit duit hangus balik-balik cakap benda yang sama"saya sayang awk, awk sayang kita tak?"bila merajuk nak kena pujuk pulak kekadang sampai berjam,nk berjimat tp ingat pun tidak.kami tak pernah berbincang pasal hal-hal agama sebab rasa macam potong stim jer,tak pernah saling mengingatkan untuk solat lima waktu yg tak pernah cukup, jarang jumpa Kiblat.Astagfirullah...selepas apa yang aku buat Tuhan masih lagi bagi aku nafas,sayangnya Dia kat aku...bagi peluang aku taubat."Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allahmengetahui sedang kamu tidak mengetahui."(Al-Baqarah ayat 216)
(- menangis menyesal -)


BAB 3

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"(Al-Baqarah ayat 45). menangis aku, nak tadah tangan berdoa pun aku malu.Tuhan sayangkan aku, aku buat tak tau je.aku angkuh, aku lupa yang Tuhan handle semua jodoh.dulu aku dekat dengan Tuhan, lepas couple makin jauh.sia-sia air mata menangis sebab kena tinggal.air mata tu mengalir, kering pastu tak tinggal kesan,sedangkan air mata taubat yang mengalir mencuci dosa-dosa walaupun ia macam kotoran degil.cuci gne downy pn tak hilang.aku sedih tengok-tengok sekeliling semua berbincang masalah percintaan tapi tak pernah pulak ada orang kata dia ada masalah bila bersama kekasihnya..jadi aku serahkan jiwa dan cinta pada yang lebih berhak..."Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya kepadaNyaaku bertawakkal."(At-Taubah ayat 129)..yang aku inginkan seorang kawan,teman,kekasih,tunang,merangkap isteri dan menantu ibu bapaku yg akan bersama-sama mengejar cinta Illahi dan Mati syahid..aminnnnn......

0 comments: